Wednesday, October 21, 2009

Gordang Sembilan


Gordang Sembilan dimainkan bagi menyambut orang kenamaan dan tetamu istimewa dalam majlis-majlis masyarakat Mendeling sekitar negeri Selangor. Ia berasal dari Pulau Sumatera, Indonesia.

Peralatan Gordang Sembilang ialah

9 buah gerdang panjang,

Sepasang gong,

Sepasang kercing dan

3 buah bonang.

Sembilan buah gendang berbentuk selinder panjang bermuka satu yang terdiri dari pelbagai saiz disusun di atas rak kayu panjang. Setiap pemain gendang memegang dua batang pemukul dibuat daripada kayu.


Terdapat dua ton bunyi gendang. Bunyi “bung” dihasilkan dengan memukul bahagian tengah muka gendang. Bunyi”tak” pula dihasilkan dengan memukul bahgian tepi muka gendang. Kombinasi bunyi tak dan bung digabungkan dengan gong, kenong dan kercing menghasilkan muzik yang indah.


Gordang Sembilan dimainkan bagi menyambut orang kenamaan dan tetamu istimewa dalam majlis-majlis masyarakat Mendeling sekitar negeri Selangor. Ia berasal dari Pulau Sumatera, Indonesia.

Peralatan Gordang Sembilang ialah

9 buah gerdang panjang,

Sepasang gong,

Sepasang kercing dan

3 buah bonang.

Sembilan buah gendang berbentuk selinder panjang bermuka satu yang terdiri dari pelbagai saiz disusun di atas rak kayu panjang. Setiap pemain gendang memegang dua batang pemukul dibuat daripada kayu.

Terdapat dua ton bunyi gendang. Bunyi “bung” dihasilkan dengan memukul bahagian tengah muka gendang. Bunyi”tak” pula dihasilkan dengan memukul bahgian tepi muka gendang. Kombinasi bunyi tak dan bung digabungkan dengan gong, kenong dan kercing menghasilkan muzik yang indah.





Dondang Sayang

Persembahan Dondang Sayang dinyanyikan oleh dua orang penyanyi. Penyanyi pertama akan menjual pantun iaitu memberi soalan dalam bentuk pantun. Penyanyi kedua membeli pantun dengan membalas atau menjawab soalan penyanyi pertama tadi. Selepas itu ia akan menjual pula pantun kepada penyanyi pertama.

Proses ini berlaku bergilir-gilir sehinggalah tamat persembahan. Pantun-pantun dicipta dan dinyanyikan secara spontan.

Nyanyian diiringi oleh pemain gong,biola dan gendang. Muzik dimainkan dalam rentak asli yang lambat temponya. Ini membolehkan penyanyi mencipta pantun secara spontan.


Dondang Sayang dipercayai mula dipersembahkan dalam istana pada zaman kegemilangan Empayar Melaka. Ia sering dinyanyikan oleh masyarakat Baba dan Nyonya(Cina Peranakan) di Melaka. Mereka ini adalah berketurunan Ciana tetapi mengamalkan budaya bertutur fasih dalam bahasa Melayu.


Dondang Sayang juga dinyanyikan oleh ibu-ibu untuk mendodoikan anak kecil atau sekadar hiburan sendiri. Pada tahun 1940 an, ia mula dinyanyikan dalam pentas bangsawan atau pentas joget menggunakan alat muzik yang lebih moden.




Wayang Kulit


Seni ini masyhur 1,000 tahun dahuludi kawasan negara Timur Tengah dan juga Asia Tenggara.Wayang Kulit Melayu Kelantan dikatakan berasal dari Kemboja dan dibawa masuk melalui Patani,Selatan Thailand.Watak-watak wayang kulit ini menggunakan loghat Kelantan.Antara watak penting ialah Hanuman ,Seri Rama,Sita Dewi ,Maharaja Rawana dan Laksamana.

Wayang Kulit Jawa dikatakan berasal dari Wayang Kulit Purwa Jawa,Pulau Jawa Indonesia.Wayang kulit ini diperkenalkan ke negeri Kelantan pada 1834 oleh seorang tok dalang melayu selepas mempelajari teknik-teknik Dalang di Pulau Jawa.Watak wayang kulit ini ialah Sang Kula,Raden Galuh Cendera Kirana,Arjuna,Sang Dewa dan Raden Inu Kartapati.Kemudiannya wayang kulit jenis ini mendapat perhatian ramai di Terengganu.

Wayang Kulit Purwa terkenal di kawasan Selatan Semenanjung Malaysia.Ia menggunakan loghat Jawa.Wayang Gedek terkenal di Kedah dan Perlis.Ia menggunakan loghat utara(Kedah-Perlis).Dua watak utama ialah Etong dan Ekau.Watak jenis ini menggunakan patung yang berpakaian moden contohnya kebaya pendek.

Alat Muzik




Persembahan wayang kulit diiringi oleh alat muzik serunai ,gendang (ibu dan anak),gedombak (ibu dan anak),geduk(ibu dan anak),kesi,canang dan gong.

Persembahan Wayang Kulit

Tok Dalang merupakan orang terpenting dalam persembahan.Beliau akan menggerakkan patung-patung watak dan memberi suara dengan corak suara berbeza mengikut watak-watak yang dimainkan.Tok Dalang dibantu oleh Tukang Unjuk yang menyediakan patung-patung watak berdasarkan jalan cerita yang hendak disampaikan oleh Tok Dalang.Kayu Kasah ialah sejenis alat yang digunakan untuk menghasilkan kesan bunyi semasa adegan pergaduhan.Sebelum persembahan bermula,Tok Dalang akan membuat upacara ritual.Upacara membuka pentas pun dimulakan bertujuan memperkenalkan kumpulan wayang kulit dan watak-watak yang akan memainkan cerita yang hendak dipersembahkan.

Membuat Patung Watak Wayang Kulit

Patung watak asas wayang kulit dibuat daripada belulang lembu.Watak dilukis terlebih dahulu kemudian ia dipahat supaya lubang-lubang terbentuk untuk menghasilkan corak wayang di atas kelir(skrin) kelak.

Patung belulang kemudian dikepit pada tetulang yang daripada buluh atau kayu.Tali tangsi digunakan untuk mengikat tetulang pada belulang

Warna khusus menunujukkan watak tertentu.Hitam untuk watak lucu seperti Pak Dogol dan Wak Long,merah untuk watak bengis dan jahat.Warna hijau bagi pahlawan yang mulia(Seri Rama).Kuning untuk watak puteri.

Caklempong

Caklempong dimainkan secara instrumental atau untuk mengiringi nyanyian.Muzik ini dimainkan untuk mengiringi tarian.Ia berasal dari Minangkabau,Indonesia dimainkan oleh masyarakat Minang di Negeri Sembilan.

Bonang ialah gonggong kecil yang disusun di atas kotak kayu dipukul menggunakan pemukul rotan yang dibalut dengan kain atau benang kasar.Bonang Gereteh terdiri daripada 15 atau 16 biji disusun dalam dua barisan berfungsi untuk memainkan melodi lagu.Bonang Sauwa dan Bonang Tingkah terdiri daripada 8 gong kecil disusun dalam satu barisan.Kedua-dua boning ini berfungsi memainkan bahagian harmoni caklempong.

Rentak muzik caklempong dikawal oleh gendang ibu dan gendang anak.Gendang dibuat daripada kayu dan mukanya daripada kulit kambing.Serunai Padi atau Pupuik dibuat daripada buluh ditiup untuk memainkan melodi lagu .Bangsi berbentuk seperti rekoder dibuat daripada buluh sejenis alat tiupan juga berfungsi memainkan melodi lagu.

Lagu-lagu caklempong biasanya rancak dan baertenaga.Kepantasan memukul gendang dengan teknik paluan yang betul menghasilkan muzik yang menarik.