Persembahan Dondang Sayang dinyanyikan oleh dua orang penyanyi. Penyanyi pertama akan menjual pantun iaitu memberi soalan dalam bentuk pantun. Penyanyi kedua membeli pantun dengan membalas atau menjawab soalan penyanyi pertama tadi. Selepas itu ia akan menjual pula pantun kepada penyanyi pertama.
Proses ini berlaku bergilir-gilir sehinggalah tamat persembahan. Pantun-pantun dicipta dan dinyanyikan secara spontan.
Nyanyian diiringi oleh pemain gong,biola dan gendang. Muzik dimainkan dalam rentak asli yang lambat temponya. Ini membolehkan penyanyi mencipta pantun secara spontan.
Dondang Sayang dipercayai mula dipersembahkan dalam istana pada zaman kegemilangan Empayar Melaka. Ia sering dinyanyikan oleh masyarakat Baba dan Nyonya(Cina Peranakan) di Melaka. Mereka ini adalah berketurunan Ciana tetapi mengamalkan budaya bertutur fasih dalam bahasa Melayu.
Dondang Sayang juga dinyanyikan oleh ibu-ibu untuk mendodoikan anak kecil atau sekadar hiburan sendiri. Pada tahun 1940 an, ia mula dinyanyikan dalam pentas bangsawan atau pentas joget menggunakan alat muzik yang lebih moden.
No comments:
Post a Comment