Monday, November 2, 2009
Friday, October 23, 2009
Bharatanatyam
Bharatanatyam merupakan satu bentuk tarian klasik yang berasal dari dan berkembang subur dalam tokong-tokong dan majlis perhimpunan di bahagian selatan
Perkataan Bharatanatyam ialah berasal daripada perkataan-perkataan:
Bhava- maksudnya perasaan/emosi
Raga- maksudnya melodi
Tala- maksudnya irama
Natyam- maksudnya tarian/drama/persembahan
Jadi tarian ini betul-betul adalah satu drama tentang melodi, irama dan perasaan. Muzik yang mengiringi tarian ini ialah dipanggil Muzik Carnatic...yang mana merupakan genre muzik klasik yang paling tua di seluruh dunia. Ia adalah sangat kompleks.
Muzik iringan untuk Bharata Natyam ialah muzik Carnatic
Bharatanatyam telah disusun oleh cendekiawan legenda yang bernama Bharata's Natya Shastra. Kita bermula setiap persembahan dengan menyapa kepada bumi yang mana kita akan menghentak dan menari. Kita juga akan menunjukkan penghormatan kepada syurga, orang tua dan guru kita, para hadirin dan kita sendiri. Ini ialah dipanggil Namaskaram.
Artis mempersembahkan Namaskaram dengan muzik. Artis menunjukkan setiap gerakan Namaskaram dan pelajar-pelajar mempersembahkan Namaskaram.
Gerakan Tangan
• Ia terdapat banyak gerakan tangan (namanya mudras)... termasuk 28 gerakan satu tangan.
• Artis menunjukkan 5-6 gerakan tangan...dan setiap gerakan boleh bermaksud perkara-perkara yang berbeza....atau sebagai gerakan yang biasa, hias, cantik.
• Pelajar-pelajar mempelajari gerakan tangan yang biasa ini.
Perasaan/Emosi menggunakan air muka dan gerakan tangan
Ia terdapat 9 kategori perasaan ataupun bau utama (dipanggil Rasa) yang boleh ditubuhkan.
Artis menunjukkan beberapa daripadanya, iaitu:
• Cinta/Kebahagiaan- Shrungara
• Kesedihan/Kebaikan Hati/Kehibaan- Kaarunya
• Kemarahan- Raudra
• Keberanian- Veera
• Ketakutan- Bhayanaka
• Rasa Meluat- Bhibhatsa
<सेण्टर>सेण्टर>
Tarian Singa
Tarian Singa adalah sebahagian daripada tarian tradisional dalam adat warisan masyarakat Cina, yang mana penari akan meniru pergerakan singa dengan menggunakan kostum singa. Kostum singa itu dimainkan oleh dua penari iaitu seorang memainkan di bahagian hadapan dengan menggerakan kepala kostum, manakala pasangan penari akan memainkan bahagian belakang kostum singa tersebut. Kedua-dua penari itu akan bergerak seakan-akan singa di atas pentas yang disediakan. Tarian singa ini akan diiringi oleh gong, dram, dan dentuman mercun yang dikatakan akan membawa tuah.
Sejarah
Sejarah singa dianggap sebagai pelindung dalam kebanyakan adat orang Asia, terutamanya bagi mereka yang berketurunan orang Cina. Tarian singa menjadi adat di negara China, Taiwan, Jepun, Korea, Thailand, dan Vietnam. Setiap negara tersebut mempunyai corak dan bentuk tarian yang berbeza. Namun tarian ini lebih terkenal sebagai warisan orang Cina, kerana dikatakan sejarahnya bermula lebih 1,000 tahun lalu. Dua tarian singa yang amat popular ialah "Tarian Singa Utara" dan "Tarian Singa Selatan".
Tarian Singa Utara adalah berasal dari bahagian utara China yang menggunakan tarian ini sebagai hiburan diraja. Kostum singa mereka menggunakan warna merah, jingga dan kuning (hijau bagi kostum singa betina). Tarian Singa Utara adalah lebih banyak pergerakan akrobatik dan bertujuan sebagai hiburan.
Ada dua jenis tarian naga iaitu Singa Utara yang penampilannya lebih natural sebab tanpa tanduk, sedangkan Singa Selatan memiliki tanduk dan sisik jadi mirip dengan binatang Qilin (kuda naga yang bertanduk).
Seperti binatang-binatang lainnya juga, maka singa juga harus diberi makan berupa Angpau yang ditempeli dengan sayuran selada air yang lazim disebut “Lay See”. Untuk melakukan tarian makan laysee (Chai Qing) ini para pemain harus mampu melakukan loncatan tinggi dan memiliki kemampuan silat – “Hokkian = kun tao” yang berasal dari bahasa Mandarin Quan Dao (Kepala kepalan atau tinju), tetapi sekarang lebih dikenal dengan kata Wu Shu, padahal artinya Wu Shu sendiri itu adalah seni menghentikan
kekerasan.
Terdapat seorang penari lainnya yang menggunakan topeng sambil membawa kipas. Biasanya disebut Shi Zi Lang dan penari inilah yang menggiring tarian singa untuk meloncat atau bermain atraksi serta memetik sayuran. Penari dengan topeng Buddha tertawa disebut Xiao Mian Fo.
<सेण्टर>
Wednesday, October 21, 2009
Ngajat
Ngajat adalah tarian perang kaum Iban selepas kembali dari berperang. Golongan muda menari untuk membuat persediaan mental dan fizikal sebelum berperang.
Hari ini tarian ini terkenal dalam kalangan kaum Iban dan Orang Ulu,
Penari lelaki mengenakan sehelai kain merah dari paras pinggang ke lutut, memakai topi dengan hiasan bulu-bulu Kenyalang. Sehelai kain dihiasi dengan bulu digunakan sebagai baju. Kiri dan kanan kain dibiarkan lepas tanpa jahit.
Penari membuat gerakan melompat sambil memegang parang dan perisai kayu dan menari dalam bulatan mengikut iringan muzik. Muzik iringan dihasilkan oleh bunyi gong besar, gong kecil, bebendai dan engkerumong.
Tarian Sumazau
Tarian Sumazau merupakan identity kaum Kadazan Dusun, negeri Sabah. Tarian ini berfungsi sebagai tanda mengucap kesyukuran kepada Bambazon atau semangat padi. Selain itu tarian ini juga berfungsi sebagai acara menolak bala dan mengubati penyakit.
Pergerakan tarian ini sangat lembut, iaitu lelaki akan menghadap pasangannya dan berjengket kecil sambil mengangkat tumit seperti burung terbang. Tarian ini diiringi muzik dari gendang dan lapan buah gong pelbagai saiz. Irama muzik berbeza mengikut daerah.
Penari mengenakan pakaian berwarna hitam dengan corak berwarna-warni danjuga warna emas. Penari wanita memakai tangkong (tali pinggang) dibuat daripada susunan syiling perak. Penari lelaki memakai tanjak berwarna hitam dan menyematkan daun Silad. Tarian ini dijadikan acara penting dalam Pesta Keamatan. Ia juga dipersembahkan dalam pelbagai majlis lain terutamanya untuk meraikan kehadiran tetamu di Sabah.
Ghazal
Muzik ghazal berasal dari tanah arab dan dikatakan berkembang pesat pada sekitar abad ke 8. Perkataan Ghazal dipinjam dari perkataan arab yang bermaksud puisi kasih. Penyanyi-penyanyi yang juga hamba abdi yang berasal dari Parsi dan Greek di bawa ke Mekah dan Madinah untuk menghiburkan raja-raja dari kerajaan Umaiyah. Dari itulah , muzik ghazal ini berkembang dan diadaptasi ke Parsi ,
Pada awalnya , Muzik Ghazal ini dibawa oleh pedagang Arab berasal dari Arab Parsi sekitar tahun 1800 . Ia dikaitkan dengan persembahan wayang bangsawan. Muzik Ghazal terus berkembang dan dimainkan di istana-istana Riau-Lingga. dan seterusnya sampai ke Tanah Melayu dan berkembang di negeri Johor pada pertengahan abad ke 19. Kesenian ini diwarisi dengan adanya perkahwinan campur antara orang Melayu dan pendatang Arab tersebut.
Pada akhir abad ke-19, apabila kerajaan Johor menjalin hubungan yang erat dengan kerajaan Riau-Lingga, beberapa orang dari golongan bangsawan Johor sering berulang-alik ke Riau. Mereka sering dihiburkan dengan permainan ghazal.
Ghazal merupakan satu kesenian tradisional masyarakat Melayu Negeri Johor yang popular dewasa ini.Pada peringkat permulaannya, seni muzik ghazal ini disebut sebagai qamat yang bererti nyanyian dan beriuh rendah dikatakan berasal dari Tanah Arab.
Perkembangan seni muzik ghazal di Negeri Johor sering dikaitkan dengan nama Allhayarham Datuk Bentara Luar, Mohd. Salleh Bin Perang. Semasa membuka daerah-daerah baru di Johor, Datuk Bentara turut juga memperkenalkan seni ghazal dimainkan di rumah-rumah penghulu dan juga pada hari-hari keramaian tertentu.Selain daripada Allahyarham Datuk Bentara Luar, ramai lagi pembesar istana yang turut menyumbangkan tenaga dalam memperkenalkan kesenian muzik ini. Di antaranya ialah Ungku Ahmad Bin Mohd. Khalid (Ungku Chik), Ungku Mohammed Bin Mohd. Khalid , Ungku Sulaimen Bin Daud, Ungku Abdul Aziz Bin Abdul Majid dan Encik Dapat.
Di tengah-tengah arus perkembangan seni muzik ghazal di Johor pada ketika itu muncullah Haji Musa Bin Yusof atau lebih di kenali dengan panggilan Pak Lomak. Pak Lomak adalah cucu kepada Datuk Bentara Luar. Sebagai seorang anak yang lahir di tengah-tengah keluarga mencintai seni ghazal, Pak Lomak tidak dapat memisahkan dirinya daripada seni ini. Beliau telah mempelajari seni muzik ghazal ini dengan begitu mendalam sekali. Ditinjau daripada sudut sejarah perkembangan seni muzik ghazal di Johor dari tarikh perkembangannya bermula dari tempat asalnya di Tanah Arab hingga ke zaman Pak Lomak, perkembangan seni muzik ini telah melalui satu penjelajah yang agak panjang dan mengambil masa yang lama.
Peralatan muzik ghazal pada mula-mulanya terdiri daripada Peti Harmonium, Biola, Gambus dan Tabla atau Do(Gendang). Kemudian alat-alat ini ditambah lagi dengan beberapa jenis alat muzik yang sesuai seperti gitar, kecepi Jepun, Keroncong dan Marakas. Setelah itu dicampurkan dengan alat muzik yang lain seperti ukeleli dan sebagainya tetapi oleh kerana terlampau riuh dan mengganggu serta boleh menghilangkan silau dan lemah lembut lagu-lagu Melayu maka alat-alat itu dibatalkan. Hanya alat-alat yang dinyatakan di bawah ini sahaja di gunakan sebagai Muzik Ghazal Melayu Johor yang tradisional iaitu:-
1. Harmonium, alat muzik tradisional yang berasal dari
2. Satu set alat tabela (tabla) yang juga merupakan alat muzik yang berasal dari
3. Gambus alat muzik yang berasal dari Timur Tengah ini merupakan alat muzik bertali yang perlu ada dalam Ghazal Johor.
4. Gitar sejenis alat muzik yang perlu untuk permainan Ghazal Melayu Johor. Alat jenis bertali ini sebagai alat melodi atau rentak.
5. Tamborin alat muzik perkusi yang menggantikan alat keroncong diperlukan sebagai alat tempo dan rentak.
6. Marakas sejenis alat perkusi yang diperlukan sebagai alat rentak dan tempo.
7. Violin alat muzik ini kecil sedikit daripada biola , tetapi biasanya disebut oleh orang-orang Melayu dengan sebutan biola sahaja. Alat jenis bertali ini adalah salah satu alat muzik dalam permainan Ghazal Melayu Johor
PAKAIAN
Baju Belah Kebaya Panjang
Walaupun wanita Johor terkenal dengan baju kurung, tetapi dalam acara majlis, mereka muncul juga dengan memakai kebaya, sebagai warisan daripada Kerajaan Johor-Riau. Pola baju belah panjang ini masih bersifat 'mengurungkan' anggota badan. Secara tradisi potongannya labuh sehingga buku lali. Cuma bezanya ianya berbelah dan berpesak di hadapan baju ini, umumnya dipakai sebagai pakaian di luar rumah atau upacara rasmi. Baju belah panjang ini terkenal di Melaka, Perak, Selangor dan Kedah-Perlis. Baju kurung belah ini kemudiannya dikenali sebagai 'baju panjang' dan 'kebaya panjang'. Tradisi ini berkembang menjadi kebaya dan bertangan panjang berpesak lurus di hadapan, berkekek dan berbelah dada yang di tutup dengan kancing atau kerongsang tiga.
Baju Melayu Cekak Musang
Istilah ini berhubung langsung dengan pola lingkaran leher baju, tengkuk 'cekak' tinggi atau leher tegak empang leher. Pengertian 'cekak musang' merakamkan imej alami untuk leher baju yang bercekak tinggi berdiri [2.5 cm] melingkari leher. Ukuran ditentukan oleh lingkaran [bulat] yang dibuat dengan ibu jari lain yang bertemu hujungnya. Baju ini mula dipakai di Johor ketika pemerintahan Sultan Ibrahim Ibni Sultan Abu Bakar.
Baju Teluk Belanga
Baju ini mula di perkenalkan di Teluk Belanga, Singapura dan tersebar luas sebagai ciri khas johor khususnya pada abad ke-19. Walau bagaimanapun istilah ini akhirnya menjadi ciri khas masyarakat Melayu hingga di sebut selengkapnya 'Baju Melayu'.
Baju Kurung
Baju kurung dianggap popular dan dipakai oleh lelaki dan perempuan. Perbezaannya terletak pada bahagian kocek iaitu lelaki mempunyai tiga kocek manakala perempuan mempunyai satu kocek serta perbezaan daripada segi pemakaian. Pengertian kurung secara tidak langsung telah membawa erti 'mengurung atau menutup' anggota tubuh. Cara ini menepati konsep pakaian cara Melayu setelah kedatangan Islam, sehinggalah istilah 'kurung' diertikan sebagai baju yang selesa dan longgar, labuh atau panjang. Sehingga disebut dengan berbagai-bagai nama misalnya 'baju kurung bernyawa' walaupun mempunyai pelbagai nama namun baju kurung telah menampilkan ciri-ciri tersendiri.
2 kumpulan ghazal terdapat di
1. Ghazal Johor (Selatan tanah air)
2. Ghazal Pati (Utara tanah air)
Dabus
Dabus adalah tarian pahlawan negeri Perak. Ia ditarikan oleh lelaki sahaja menggunakan pakaian pahlawan Melayu Perak. Seramai 8 hingga 12 orang akan menari diiringi oleh paluan alat muzik rebana. Rebana digabungkan dengan bunyi gemercing daripada “anak darbus” iaitu sejenis besi tajam yang mempunyai beberapa gegelang dipasang di bahagian telinga anak dabus.
Tarian ini dipersembahkan bagi menunjukkan keberanian pahlawan Perak kepada tetamu di istana. Pada akhir persembahan, penyanyi akan mencucuk lengan menggunakan anak dabus. Setelah selesai, ketua dabus akan menjampi dan mencuci luka dengan air penawar.
Selain menggunakan anak dabus, penari menggunakan pelbagai jenis senjata tajam lain untuk menambah kehebatan penari dabus. Di antaranya ialah pisau belati, keris, kapak kecil dan batu giling.
Tarian ini dipercayai bermula apabila dua pedagang bernama Nakhoda Lembang dan Nakhoda Topah dari Batu Bahara, Sumatera memperkenalkan tradisi ini kepada penduduk tempatan di sekitar Telaga Nenas, Sitiawan. Kemudian tarian ini berkembang meluas ke Bagan Datoh dan terus hinggalah ke daerah Kuala Selangor.
Dipercayai, pahlawan Melayu dan kumpulan dabus ini telah membantu mengusir pendudukan Belanda di logi bijih timah Teluk Gedong, Pulau Pangkor. Pihak British juga telah menggunakan kumpulan pahlawan dabus ini untuk mengalahkan penjahat di perairan Selat Melaka.
Terdapat beberapa pantang larang yang perlu dipatuhi dalam permainan dabus ini. Antaranya ialah hanya ahli dabus sahaja dibenarkan menyentuh peralatan permainan dabus. Anak dabus hendaklah dijaga dengan baik, tidak boleh dicucuk ke tanah. Pemain dabus hendaklah sentiasa bersih pakaian, perbuatan dan perkataannya.
Gordang Sembilan
Gordang Sembilan dimainkan bagi menyambut orang kenamaan dan tetamu istimewa dalam majlis-majlis masyarakat Mendeling sekitar negeri Selangor. Ia berasal dari
Peralatan Gordang Sembilang ialah
9 buah gerdang panjang,
Sepasang gong,
Sepasang kercing dan
3 buah bonang.
Sembilan buah gendang berbentuk selinder panjang bermuka satu yang terdiri dari pelbagai saiz disusun di atas rak kayu panjang. Setiap pemain gendang memegang dua batang pemukul dibuat daripada kayu.
Terdapat dua ton bunyi gendang. Bunyi “bung” dihasilkan dengan memukul bahagian tengah muka gendang. Bunyi”tak” pula dihasilkan dengan memukul bahgian tepi muka gendang. Kombinasi bunyi tak dan bung digabungkan dengan gong, kenong dan kercing menghasilkan muzik yang indah.
Gordang Sembilan dimainkan bagi menyambut orang kenamaan dan tetamu istimewa dalam majlis-majlis masyarakat Mendeling sekitar negeri Selangor. Ia berasal dari
Peralatan Gordang Sembilang ialah
9 buah gerdang panjang,
Sepasang gong,
Sepasang kercing dan
3 buah bonang.
Sembilan buah gendang berbentuk selinder panjang bermuka satu yang terdiri dari pelbagai saiz disusun di atas rak kayu panjang. Setiap pemain gendang memegang dua batang pemukul dibuat daripada kayu.
Terdapat dua ton bunyi gendang. Bunyi “bung” dihasilkan dengan memukul bahagian tengah muka gendang. Bunyi”tak” pula dihasilkan dengan memukul bahgian tepi muka gendang. Kombinasi bunyi tak dan bung digabungkan dengan gong, kenong dan kercing menghasilkan muzik yang indah.
Dondang Sayang
Persembahan Dondang Sayang dinyanyikan oleh dua orang penyanyi. Penyanyi pertama akan menjual pantun iaitu memberi soalan dalam bentuk pantun. Penyanyi kedua membeli pantun dengan membalas atau menjawab soalan penyanyi pertama tadi. Selepas itu ia akan menjual pula pantun kepada penyanyi pertama.
Proses ini berlaku bergilir-gilir sehinggalah tamat persembahan. Pantun-pantun dicipta dan dinyanyikan secara spontan.
Nyanyian diiringi oleh pemain gong,biola dan gendang. Muzik dimainkan dalam rentak asli yang lambat temponya. Ini membolehkan penyanyi mencipta pantun secara spontan.
Dondang Sayang dipercayai mula dipersembahkan dalam istana pada zaman kegemilangan Empayar Melaka. Ia sering dinyanyikan oleh masyarakat Baba dan Nyonya(Cina Peranakan) di Melaka. Mereka ini adalah berketurunan Ciana tetapi mengamalkan budaya bertutur fasih dalam bahasa Melayu.
Dondang Sayang juga dinyanyikan oleh ibu-ibu untuk mendodoikan anak kecil atau sekadar hiburan sendiri. Pada tahun 1940 an, ia mula dinyanyikan dalam pentas bangsawan atau pentas joget menggunakan alat muzik yang lebih moden.
Wayang Kulit
Seni ini masyhur 1,000 tahun dahuludi kawasan negara Timur Tengah dan juga Asia Tenggara.Wayang Kulit Melayu Kelantan dikatakan berasal dari Kemboja dan dibawa masuk melalui Patani,Selatan Thailand.Watak-watak wayang kulit ini menggunakan loghat Kelantan.Antara watak penting ialah Hanuman ,Seri Rama,Sita Dewi ,Maharaja Rawana dan Laksamana.
Wayang Kulit Jawa dikatakan berasal dari Wayang Kulit Purwa Jawa,Pulau Jawa Indonesia.Wayang kulit ini diperkenalkan ke negeri Kelantan pada 1834 oleh seorang tok dalang melayu selepas mempelajari teknik-teknik Dalang di Pulau Jawa.Watak wayang kulit ini ialah Sang Kula,Raden Galuh Cendera Kirana,Arjuna,Sang Dewa dan Raden Inu Kartapati.Kemudiannya wayang kulit jenis ini mendapat perhatian ramai di Terengganu.
Wayang Kulit Purwa terkenal di kawasan Selatan Semenanjung Malaysia.Ia menggunakan loghat Jawa.Wayang Gedek terkenal di Kedah dan Perlis.Ia menggunakan loghat utara(Kedah-Perlis).Dua watak utama ialah Etong dan Ekau.Watak jenis ini menggunakan patung yang berpakaian moden contohnya kebaya pendek.
Alat Muzik
Persembahan wayang kulit diiringi oleh alat muzik serunai ,gendang (ibu dan anak),gedombak (ibu dan anak),geduk(ibu dan anak),kesi,canang dan gong.
Persembahan Wayang Kulit
Tok Dalang merupakan orang terpenting dalam persembahan.Beliau akan menggerakkan patung-patung watak dan memberi suara dengan corak suara berbeza mengikut watak-watak yang dimainkan.Tok Dalang dibantu oleh Tukang Unjuk yang menyediakan patung-patung watak berdasarkan jalan cerita yang hendak disampaikan oleh Tok Dalang.Kayu Kasah ialah sejenis alat yang digunakan untuk menghasilkan kesan bunyi semasa adegan pergaduhan.Sebelum persembahan bermula,Tok Dalang akan membuat upacara ritual.Upacara membuka pentas pun dimulakan bertujuan memperkenalkan kumpulan wayang kulit dan watak-watak yang akan memainkan cerita yang hendak dipersembahkan.
Membuat Patung Watak Wayang Kulit
Patung watak asas wayang kulit dibuat daripada belulang lembu.Watak dilukis terlebih dahulu kemudian ia dipahat supaya lubang-lubang terbentuk untuk menghasilkan corak wayang di atas kelir(skrin) kelak.
Patung belulang kemudian dikepit pada tetulang yang daripada buluh atau kayu.Tali tangsi digunakan untuk mengikat tetulang pada belulang
Warna khusus menunujukkan watak tertentu.Hitam untuk watak lucu seperti Pak Dogol dan Wak Long,merah untuk watak bengis dan jahat.Warna hijau bagi pahlawan yang mulia(Seri Rama).Kuning untuk watak puteri.
Caklempong
Bonang ialah gonggong kecil yang disusun di atas kotak kayu dipukul menggunakan pemukul rotan yang dibalut dengan kain atau benang kasar.Bonang Gereteh terdiri daripada 15 atau 16 biji disusun dalam dua barisan berfungsi untuk memainkan melodi lagu.Bonang Sauwa dan Bonang Tingkah terdiri daripada 8 gong kecil disusun dalam satu barisan.Kedua-dua boning ini berfungsi memainkan bahagian harmoni caklempong.
Rentak muzik caklempong dikawal oleh gendang ibu dan gendang anak.Gendang dibuat daripada kayu dan mukanya daripada kulit kambing.Serunai Padi atau Pupuik dibuat daripada buluh ditiup untuk memainkan melodi lagu .Bangsi berbentuk seperti rekoder dibuat daripada buluh sejenis alat tiupan juga berfungsi memainkan melodi lagu.
Lagu-lagu caklempong biasanya rancak dan baertenaga.Kepantasan memukul gendang dengan teknik paluan yang betul menghasilkan muzik yang menarik.